SEDIKIT kecoh apabila pergerakan chant Ultras Malaya diganggu penyokong Bahrain yang cuba melakukan provokasi di luar Stadium Jassim Bin Hamad.

FLASH SUKAN sempat berada berhampiran lokasi kejadian ketika UM yang diketuai Mohd Ridzuan Ahmad atau popular dengan panggilan Lekir bersama 50 penyokong yang lain berarak sambil menyanyikan lagu ‘Ekor Harimau Sejati’

Pergerakan mereka turut diiringi gendang dan kibaran bendera UM dan Jalur Gemilang.

Lekir kemudiannya menarik penyokong Bahrain itu secara baik supaya beredar keluar daripada kumpulan penyokong Malaysia bagi menenangkan keadaan.

Malam ini, skuad Harimau Malaya yang tewas di tangan Jordan pada Selasa lalu wajib melakar kemenangan ke atas Bahrain bagi membuka peluang mengintai slot ke pusingan kedua dari Kumpulan E ini.