SOKONGAN padu penyokong di Axiata Arena, menaikkan semangat pilihan utama kejohanan, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ketika memenangi perlawanan pusingan pertama, beregu campuran Masters Malaysia pada Rabu.
Gandingan nombor sembilan dunia itu mengakui, beroleh semangat yang disalurkan penonton menerusi sokongan, menjadikan mereka cepat panas, ketika mengatasi gandingan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong 21-12, 21-14.
Menurut Tang Jie, dia terkejut melihat kehadiran ramai penonton terutamanya ketika kejohanan baru memasuki pusingan pertama.
“Ramai penonton membuatkan kami bermotivasi pagi ini, mereka membuatkan kami cepat panas di gelanggang, kami terkejut tengok ramai penonton,” kata Tang Jie selepas perlawanan.
Gandingan yang baru kali kedua beraksi di Masters Malaysia itu enggan mengulas secara terperinci mengenai lawan mereka di pusingan kedua: “Kami akan lihat dulu permainan mereka hari ini, sekarang waktu untuk rehat dan kita akan buat adjustment esok.”
Dalam pada itu, Ee Wei berkata, dia dan Tang Jie tidak memikirkan terlalu banbyak mengenai kekalahan mereka di pusingan pertama pada edisi tahun lalu.
“Tahu lalu atau sekarang, tidak banbyak beza tapi tidak senang untuk memenangisetiap perlawanan, jadi apabila menang kami gembira,” katanya.
Kemenangan itu menyaksikan Tang Jie-Ee Wei bakal bertemu pasangan India, Sumeeth Reddy-Sikki Reddy.