PENYOKONG bola sepak Liga Malaysia akan disajikan kandungan program terbaik dan bertaraf antarabangsa apabila penyiar rasmi, Astro menambah baik kualiti siaran dan kandungan bagi musim baharu 2024-25.

Kesemua 219 Liga Malaysia akan disiarkan secara langsung dalam Definisi Tinggi (HD) bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim dan Selangor FC pada 10 Mei 2024 di Stadium Sultan Ibrahim.

Astro Arena akan membawakan 10 perlawanan pilihan dalam Defnisi Ultra-Tinggi (UHD) dan kualiti audio dalam Dolby Atmos di venue yang berbeza termasuk perlawanan akhir untuk Piala FA dan juga Piala Malaysia.

Barisan pundit yang bakal membawakan ulasan pakar dalam semua perlawanan

Penonton akan dapat merasai kehangatan perlawanan sebenar menerusi kualiti yang mengujakan ini termasuk liputan dari tepi padang sekaligus memberikan siaran yang lebih berkualiti sekaligus memberikan kepuasan kepada penonton.

Selain daripada kualiti siaran, Astro juga menyediakan analisis komprehensif menerusi platorm digital serta sorotan perlawanan, sidang media pra perlawanan, sesi lathan pemain, akses temubual pemain mahupun berita terkini perkembangan pasukan dan pemain.

Antara lain dengan menjemput tetamu-tetamu pakar yang berpengalaman luas dalam dunia bola sepak bagi menambah variasi dengan melantik pundit-pundit bekas pemain kebangsaan seperti Zaquan Adha, Safee Sali, Norsharul Idlan Talaha dan Datuk Zainal Abidin Hassan.