FOTO : ULTRAS TRANUNG

BAHANG aksi keempat Piala AFC 2023/23 di Binan yang bakal berlangsung tepat jam 4 petang ini waktu Malaysia bukan sahaja dirasai skuad Terengganu FC tetapi para penyokong tegar Sang Penyu.

Dianggarkan kira-kira 20 hingga 30 peminat Terengganu dijangka hadir memberikan sokongan padu buat anak buah Tomislav Steinbruckner menjelang sepak mula berdepan wakil tuan rumah, Stallion Laguna FC.

Malam tadi, kemeriahan jelas terpancar daripada penyokong kedua-dua negara apabila bersepakat mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak di Stadium McKinley Hill, Manila bersempena Tubek Awaydays AFC Cup 2023.

“Kemenangan malam ini (semalam) biar jadi pemangkin kemenangan petang esok (ini) di Binan, Manila.

“Terima kasih kepada semua pemain berkumpul dan bergembira malam ini. Semoga dapat mengadakan perlawanan ini lagi. Bereh boh! ,” menurut kenyataan Ultras Tranung.

Antara penyokong Peteh yang dah sampai di Manila.

Sementara itu, menurut penyokong Peteh Ganu Peteh yang turut sama berada di Manila ingin dikenali sebagai Arif, mereka tetap akan follow ke mana sahaja pergerakan pasukan Terengganu sama ada dalam dan luar negara.

“Tak kisah apa-apa perlawanan sekalipun terutamanya AFC, kami nak semaksimum mata dan kalau boleh di tempat lawan sekali pun memang kita nak dapatkan tiga mata penuh.

“Kita tengok pula bermain di Stadium Laguna memang peluang cerah untuk dapat tiga mata apatah lagi mendapat jaringan yang besar.

“Jadi besar harapan kami untuk all out lah memandangkan mood kemenangan di separuh akhir Piala Malaysia masih ada.

“Teruskan lagi momentum dan biar bakal lebih bagus untuk perlawanan petang nanti,” katanya ketika dihubungi.

May be an image of 1 person and playing football

Penyokong Terengganu sentiasa ada dimana-mana termasuk di Stadium McKinley Hill, Manila.

Arif juga membakar semangat para pemain dan meminta supaya tidak bimbang kerana suara mereka pastinya menggegarkan tempat duduk penonton di Binan.

“Kami mengikuti kamu setiap masa. Kami tak ramai, tapi kami sentiasa ada bohhhh,” katanya.