PEMAIN bola sepak asal Korea Selatan, Lee Tae-min, akan menceriakan kancah saingan Liga Super dengan penyertaan bersama pasukan Perak FC musim ini.
Selepas berkhidmat bersama Liga K2 Korea Selatan, Busan I-Park, Tae-min,20, telah membuat keputusan yang berani untuk melanjutkan kerjaya bola sepak profesional di Malaysia.
Dia yang beraksi di posisi sayap dijangka menyertai The Bos Gaurus dalam masa terdekat, dan kehadirannya dijangka memberikan impak yang besar kepada pasukan tersebut.
Kemunculan Tae-min ke Perak FC bukan sahaja memberi peluang untuk berkembang dan menunjukkan bakatnya dalam arena bola sepak Malaysia, tetapi juga memberi peluang kepada peminat bola sepak tempatan untuk menyaksikan aksi atas padang.
“Lee Tae-min bakal ke Malaysia dan menyertai Perak FC dalam masa terdekat,” kata kenyataan Busan I-Park di laman Facebook pada Jumaat.
Mengikut statistik permainan, Tae-min mencatatkan lima penampilan bersama pasukan simpanan Busan I-Park musim lalu di Liga K4 tanpa berjaya mencatatkan sebarang jaringan. Dia juga pernah menyarung jersi skuad bawah 17 tahun Korea Selatan pada tahun 2020, serta berjaya mencatatkan satu jaringan.”
Dengan bakatnya yang tidak diragui dan semangat untuk terus meningkatkan prestasi, penyokong The Bos Gaurus tidak sabar untuk melihat pencapaian Tae-min bersama Perak.
Mereka berharap dia dapat mempersembahkan aksi yang mengagumkan, menjaringkan gol-gol penting, dan membantu pasukan meraih kejayaan dalam saingan Liga Super Malaysia.
Selain itu, penyokong juga berharap Tae-min dapat beradaptasi dengan cepat dengan pasukan dan gaya permainan tempatan, serta menerima sokongan dan kasih sayang dari komuniti bola sepak Malaysia.
Semoga Tae-min dapat membawa kegembiraan dan kejayaan kepada penyokong dan pasukan Perak FC.
Kejor Yob Kejor !