PERAK FC tampak benar-benar serius untuk mencabar pasukan yang bertanding bagi kempen Liga Malaysia musim ini selepas menambah tiga lagi pemain import dalam koleksi mereka setakat ini.

Skuad bimbingan Datuk Lim Teong Kim itu sah mengikat Lee Joo-han, Sim Hyun-ki dan Seo Sun-ung yang kesemuanya berasal dari Korea Selatan

Joo-han, 21, beraksi di bahagian tengah dengan Hyun-ki, 22, pula berada di bahagian pertahanan. Sementara Sun-ung, 23, pula dijangka merebut tempat dengan pemain baharu, Hadi Fayyadh dan Christian Obiozor di bahagian serangan.

Kehadiran mereka pasti memperkasa lagi pasukan sekali gus menyaksikan skuad The Bos Gaurus kini turut menjadi perhatian buat pesaing kali ini.