SKUAD muda Perak FC kendalian jurulatih Lim Teong Kim mencatat kemenangan pada aksi persahabatan kedua selepas menewaskan pasukan Kelantan United FC yang akan beraksi di Piala Malaysia 2022 di Ipoh, sebentar tadi.

Pada perlawanan berlangsung di Stadium Perak, skuad The Bos Gaurus itu memperoleh gol tunggal menerusi jaringan penalti Hakimi Isa pada minit ke-35.

Secara keseluruhan, pemain Perak bermain lebih baik berbanding perlawanan tempoh hari ketika tewas 0-2 kepada PIB FC.