PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan selamat kepada bekas wira skuasy Kenneth Low, selepas mengetahui bekas ahli sukan itu menghidap multiple sclerosis, penyakit kronik berkaitan dengan saraf.

Anwar berkata, setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi telah melawat Low dan turut memberikan sedikit bantuan bagi pihaknya.

“Semoga beliau diberikan kekuatan dan kesembuhan dengan segera.

“Saudara Farhan turut sampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada Kenneth Low,” kata Anwar dalam catatan di X.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed dan Presiden Mutliracial Revert Muslims, Firdaus Wong.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Low, 47, berikrar untuk terus berjuang selepas didiagnosis dengan MS, penyakit sistem saraf pusat yang tidak dapat diramalkan yang mengganggu aliran maklumat dalam otak, dan antara otak dan badan.

Image

Dia menjalani kehidupan agak sukar akibat strok, kemahiran motor yang berkurangan, ketidakupayaan kognitif, dan disfungsi ingatan jangka pendek.

Low bekerja sebagai tukang cuci sejak dua tahun lalu, dengan gaji bulanan RM1,500.