AIR di Sungai Seine sah tercemar, selepas seorang perenang Olimpik terpaksa muntah berkali-kali (10 kali) selepas berenang di Paris.

Atlet Kanada, Tyler Mislawchuk tidak berhenti muntah dan menunjukkan kesan negatif selepas selesai berenang di Sungai Seine semasa pertandingan triatlon Olimpik Paris 2024.

Mislawchuk akhirnya menamatkan acara di tempat ke-9 dalam acara yang melibatkan renang 1.5 km, berbasikal 40 km dan berlari 10 km. Dia juga satu-satunya peserta yang dilihat muntah selepas bahagian renang.

Untuk rekod, Sungai Seine telah diharamkan untuk berenang selama lebih 100 tahun kerana pencemaran dan risiko kesihatan. Namun, untuk Olimpik kali ini, atlet dibenarkan berenang di sungai tersebut.

Atlet Kanada terkesan dengan Sungai Seine yang tercemar.

Kerajaan Perancis telah membelanjakan kira-kira $1.5 bilion untuk memperbaiki kualiti air sungai, walaupun ia masih gagal beberapa ujian keselamatan sebelum sukan Olimpik.

Mislawchuk berkata dia tidak menyesal walaupun mengalami masalah selepas berenang, kerana dia telah memberikan yang terbaik dalam pertandingan.

Sebelum ini, difahamkan Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo, pernah berenang di Sungai Seine untuk menunjukkan ia selamat digunakan bagi acara Olimpik.