SKUAD Kebangsaan Bawah-23 (B-23) berjaya menempuh cabaran pertama selepas menundukkan pasukan China B-23 dengan keputusan 1-0 pada Perlawanan Antarabangsa Tier 2 pada Sabtu di Stadium Jinshan, Shanghai.
Perlawanan persahabatan yang diadakan itu merupakan salah satu persediaan buat skuad Harimau Muda untuk beraksi di Piala Asia Qatar B-23 pada April hadapan.
Bagaimanapun, misi Juan Torres Garrido untuk melihat kemenangan dalam perlawanan tersebut akhirnya berjaya direalisasikan oleh Harith Haikal Adam Afkar yang memberi jaringan pada minit akhir perlawanan sekali gus menumpaskan penjaga gol China, Huang Zihao.
Gol itu juga telah memuktamadkan keputusan perlawanan yang berpihak kepada Malaysia dan kejayaan ini perlu di bawa ke pertembungan seterusnya pada 26 Disember 2023.
Untuk rekod, kali terakhir skuad B-23 bertemu dengan China B-23 adalah pada Aksi Kelayakan Piala Asia tahun 2019 dengan keputusan seri 2-2.
Saingan Piala Asia B-23 2024 dijadualkan berlangsung pada 15 April hingga 3 Mei 2024 di beberapa lokasi utama saingan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.