FOTO : Majlis Sukan Negara Malaysia

KEJOHANAN Junior Cycling Malaysia (JCM) kembali lagi dengan perlumbaan Siri 1/2023 bermula di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi.

Majlis pengenalan pasukan telah diadakan dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA, Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin.

Majlis pengenalan pasukan ini telah ditaja oleh LADA sepenuhnya dan juga bertindak sebagai perantara antara agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dengan JCM Siri 1 ini.

Pelumba Kedah antara yang mengambil bahagian edisi Siri 1/2023.

Sejumlah 16 pasukan akan bertanding dalam Stage Race yang akan berlangsung pada 8 dan 9 Jun di sekitar Pulau Langkawi.

Manakala acara kriterium akan diadakan di Kompleks Sukan Langkawi pada 10 Jun 2023.