SKUAD hoki 5 sebelah kebangsaan memulakan kempen Kejohanan Hoki 5s dengan keputusan bercampur apabila berjaya mencatat keputusan seri sekali dan tewas sekali.
Pada perlawanan pertama, Malaysia mensia-siakan kelebihan 4-1 sebelum diikat tuan rumah, Switzerland 4-4 di kejohanan sulung yang berlangsung di di Lausanne.
Gol-gol Malaysia ketika menentang Switzerland adalah menerusi Noor Firdaus Rosdi, Akhimullah Anuar Esook, Alfarico Lance Liau and Amirul Haniff sebelum tewas 5-0 pada perlawanan kedua kepada Poland
Malaysia akan bermain dua lagi perlawanan pada Ahad menentang India jam 7 malam dan selepas itu Pakistan pada jam 10 malam. Dua pasukan teratas dari pertandingan round robin ini akan layak ke final.
Keputusan lain menyaksikan Pakistan menang 4-0 ke atas Poland sebelum seri 2-2 dengan India. Begitu juga buat India yang berjaya menewaskan Poland 4-3 sebelum diikat Pakistan 2-2.