PERSEKUTUAN Bola Sepak Turki (TFF) telah menjatuhkan hukuman ke atas jurulatih Fenerbahce, Jose Mourinho, susulan komen yang didakwa berbaur perkauman.
Mourinho dituduh bersikap rasis selepas mengeluarkan kenyataan bahawa bangku simpanan Galatasaray “melompat-lompat seperti monyet.”
Insiden ini berlaku ketika perlawanan panas antara Galatasaray dan Fenerbahce yang berakhir dengan keputusan seri 0-0 di Stadium Rams Park, Istanbul, pada awal pagi Selasa lalu.
Menurut laporan TNT Sports, Mourinho kini digantung daripada mendampingi pasukan selama empat perlawanan akibat kenyataannya itu. Selain itu, beliau juga dikenakan denda sebanyak 35,000 pound sterling (sekitar RM750,000).
Sebelumnya, dalam sidang media selepas perlawanan, Mourinho mengkritik keputusan untuk melantik pengadil asing bagi perlawanan tersebut. Perlawanan itu dikendalikan oleh Slavko Vincic dari Slovenia atas permintaan kedua-dua kelab.
Here's the video in question from Jose Mourinho.
My personal take is…Jose is many things and a racist is not one of them. Judge the man off his track record for 30 years, not one poorly worded sentence. 🤷🏽♂️pic.twitter.com/2u0Lc6Ad9m
— Football Hub (@FootbalIhub) February 24, 2025
“Saya pergi ke bilik pengadil selepas perlawanan. Sudah tentu, pengadil keempat yang berasal dari Turki juga berada di sana. Saya berkata kepada Vincic, ‘Terima kasih kerana datang ke sini, anda mengendalikan perlawanan besar dan bertanggungjawab sepenuhnya’,” kata Mourinho seperti yang dipetik oleh CNA.
“Saya kemudian menoleh ke arah pengadil keempat dari Turki dan berkata, ‘Jika anda yang mengadili perlawanan ini, pasti ianya akan menjadi satu bencana’,” tambahnya.
Mourinho turut memuji Vincic kerana tidak memberikan kad kuning kepada pemain pertahanan Fenerbahce, Yusuf Akcicek, pada awal perlawanan. Keputusan itu mencetuskan reaksi marah dari bangku simpanan Galatasaray.
Jurulatih Galatasaray, Okan Buruk, kelihatan melompat dalam keadaan kecewa selepas pasukannya tidak diberikan sepakan penalti pada minit awal perlawanan. Komen Mourinho mengenai insiden ini dikatakan bersifat rasis oleh pihak Galatasaray.
“Saya juga berterima kasih kepada pengadil kerana selepas aksi terjunan luar biasa pada minit pertama, bangku simpanan mereka (pemain Galatasaray) melompat seperti monyet (memprotes). Jika perlawanan ini dikendalikan oleh pengadil Turki, anda pasti sudah menerima kad kuning dalam satu minit, dan selepas lima minit saya terpaksa mengeluarkan dia (Akcicek),” kata Mourinho.