PERTEMBUNGAN dua raksasa yang bakal menyajikan keindahan, keaslian dan gaya, yang sukar untuk kita menidakkannya.
Tidak.. bukan perlawanan antara England menentang Perancis tapi jauh lebih besar…
Perlawanan jersi Brazil menentang jersi Croatia.
Apa cerita pula ni…
Pakar seragam yang juga pengarang buku “Warna Sejati”, John Devlin berkata, “Kita hidup dalam era kit yang dihomogenkan”, iaitu penerokaan reka bentuk jersi bola sepak yang mempamerkan kepelbagaian warna menakjubkan.
Menurutnya, tunggu sahaja perlawanan suku akhir di Stadium Education City, tempat duduk penonton akan dipenuhi fesyen sukan tertinggi.
Warna kuning ‘canarinhi’ Brazil yang terkenal dan menyilaukan menentang corak papan dam merah putih penyokong Coratia yang pasti memukau mata.
“Saya fikir ia akan menjadi acara utama di Piala Dunia ini,” kata Devlin yang tidak sabar melihat gabungan dua penyokong dalam stadium.
Tanpa menolak betapa pentingnya perlawanan Croatia-Brazil, kisah di sebalik perlawanan itu juga tidak kurang pentingnya.
Bagi peminat kedua-dua pasukan, jersi bukan sekadar kanvas yang boleh dipakai, sebaliknyba membawa maksud disebalik pemakainya.
Ketua Pengarang Laman Web Sukan Croatia, Telesport Aleksandar Holiga berkata, corak jersi Croatia itu terus menjadi lambang bendera kebangsaan negara itu.
Pelukis ternama Croatia, Miroslav Sutej pula berkata, gabungan jersi dan pernyataan bendera negara itu pada jersi menjadi lambang kepada nota bank negara itu, yang hanya memperoleh kemerdekaan pada 1991.
Croatia tampil dengan jersi pertama pada 1990, sebelum kemerdekaan pada perlawanan persahabatan menentang Amerika syarikat, namun popularitinya mula meggegar duniasetelah layak ke Euro 1996 dan Piala Dunia 1998, yang menyaksikan penyerang Davor Suker menjaringkan enam gol lalu memenangi Kasut Emas.
Selepas itu, tiba-tiba, semua orang bercakap mengenai negara baru dan jersinya yang tidak dapat dilupakan.
“Saya fikir itulah sebab utama (orang Croatia) berpegang padanya dan sangat menyukainya: selamanya dikaitkan dengan memperoleh kemerdekaan dan mendapat pengiktirafan antarabangsa,” kata Holiga.
“Sejak awal 1990-an, dam ada di mana-mana di Croatia hanya kerana ia adalah cara yang paling mudah dan paling hebat untuk mengingati Croatia.”
Pengarah Rekaan Pakaian Bola Sepak Global di Nike, Pete Hoppins yang berkerjasama dengan Croatia, Brazil dan banyak lagi negara sepanjang lapan tahun bersama Nike berkata, corak dam pada jersi Croatia itu muncul ketika wujudnya minat terhadap replika jersi.
Katanya, meskipun baru diperkenal pada 1990, ia menjadi pemula jersi berkonsep secara besar-besaran.
Mengenai permohonan reka bentuk jersi Brazil pula, ia lebih kepada penjenamaan.
Ia sentiasa menjadi baju paling popular dari segi jualan global, kata Hoppins.
“Orang di seluruh dunia, hanya mahu dikaitkan dengan jersi itu,” kata Hoppins merujuk kepada rekod lima trofi Piala Dunia Brazil.
“Sudah tentu secara klasiknya, jersi kuning menjadi lambang kecemerlang kerana Brazil tidak mahukan kegagalan.
“Jersi asal Brazil adalah berwarna putih namun sejak dimalukan deengan kekalahan kepada Uruguay di tempat sendiri pada Piala Dunia 1950, Brazil menjalankan pertandingan mereka bentuk jersi yang dinamakan Selecao”.
Sementara itu, bagi sejarawan sukan dan Profesor universiti di Rio de Janeiro, Mauricio Drumond, menggunakan warna pada jersi Brazil dianggap tidak masuk akal pada waktu dahulu.
“Ketika itu, ramai berpendapat ianya idea yang teruk untuk Brazil menggunakan warna pada jersi bila kerana bola sepak tidak mewakili sesebuah negara. Bagaimanapun, tanggapan itu berubah,” kata Drumond.