LUBNAN ingin gunakan Pestabola Merdeka sebagai platform untuk menguji taktikal dan pemain baru dalam pasukan.
Menurut ketua jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic berkata Pestabola Merdeka merupakan satu platform terbaik untuk menguji taktikal untuk kejohanan akan datang.
“Kejohanan ini sangat berguna untuk kesemua empat pasukan yang terlibat terutama sekali pasukan saya.
“Dalam kejohanan ini, kita akan cuba beberapa pemain baru dan taktikal baru. Saya menghormati kesemua pasukan yang terlibat dalam kejohanan ini kerana kita berada di tahap yang hampir sama dari segi tahap kekuatan dalam ranking FIFA.
“Kita akan cuba untuk pamerkan aksi yang baik sepanjang kejohanan ini berlangsung tetapi untuk perlawanan esok, kita akan cuba untuk membalas dendam terhadap pasukan Tajikistan,” katanya dalam sidang media.
Pada pertemuan sebelum ini, The Cedars kalah tipis kepada Tajikistan 1-2 dalam aksi kumpulan A Piala Asia 2023.
Miodrag Radulovic juga ingin gunakan Pestabola Merdeka sebagai platform persiapan untuk Piala Asia 2027.
Lubnan akan bertemu Tajikistan dalam aksi separuh akhir pertama Pestabola Merdeka 2024 esok jam 4.30 petang.