PENJAGA gawang negara, Syihan Hazmi enggan memandang rendah terhadap keupayaan pasukan Filipina.
The Azkals kehilangan khidmat ketua jurulatih pasukan sebelum ini, Tom Saintfiet yang meletak jawatan berkuatkuasa serta merta pada 29 Ogos lalu.
Namun itu, terdapat beberapa pemain Filipina yang pernah beraksi di Liga Malaysia, namun Syihan mahu pasukan negara kekal fokus dan tidak memandang rendah terhadap pasukan lawan.
”Semua pemain (Filipina) adalah pemain tumpuan sebab mereka datang bukan dengan tangan kosong, mereka mempunyai strategi mereka sendiri.
”Yang penting untuk kita ialah jangan terlalu ambil mudah dengan keupayaan lawan, sentiasa bersedia dan kekalkan fokus.
”Kita harus kekal bersedia sebab kita pun tidak tahu Filipina ini (guna taktikal seperti apa) dan sentiasa ikut segala perancangan yang diatur oleh jurulatih,” katanya ketika ditemui media di Wisma FAM.
Malaysia akan bertemu Filipina dalam aksi separuh akhir pertama Pestabola Merdeka pada 4 September ini.
Sekiranya Malaysia berjaya mencatatkan kemenangan, mereka akan bertemu pemenang diantara Lubnan atau Tajikitsan untuk aksi akhir Pestabola Merdeka pada 8 September di Stadium Nasional Bukit Jalil.