SERANGAN Hamas yang dibalas oleh Israel membuatkan beberapa bintang UFC seperti Belal Muhammad dan Khamzat Chimaev menyuarakan sokongan terbuka mereka kepada perjuangan Palestin.

Kejadian itu berlaku pada Sabtu pagi. Tanpa dikesan, kumpulan Hamas menyerang Israel dari darat, udara dan laut. Serangan ini mengakibatkan ramai mangsa terlibat.

Israel kemudian melancarkan serangan balas terhadap wilayah Palestin. Lebih ramai mangsa maut. Malangnya, kumpulan awam menjadi mangsa konflik ini.

Ini telah membuatkan sebahagian atlet UFC bimbang. Melalui media sosial masing-masing khususnya Instagram, para atlet berkongsi sokongan kepada rakyat Palestin.

Belal Muhammad misalnya, berkongsi dua karikatur dalam satu bingkai di Insta Story pada Isnin. Karikaturnya sama cuma naratif yang ditulis dan warna bendera berbeza.

Di bahagian atas, sebuah kereta kebal dengan bendera Rusia berhadapan dengan anggota militan berbendera Ukraine yang membawa senapang serangan. Karikatur ini mempunyai naratif ‘self defense’.

Di bahagian bawah, kereta kebal yang sama dengan bendera Israel berhadapan dengan militan dengan bendera Palestin. Di bahagian bawah karikatur itu tertulis perkataan ‘keganasan’.

Sementara itu, Khamzat Chimaev berkongsi imej peta Palestin dengan latar belakang hitam. Di tengah-tengah peta terdapat masjid Al Aqsa dan bendera Palestin di bahagian atas.