Foto : Gambar hiasan
ADA petugas rakan media yang membuat liputan Sukan SEA 2021 kena ‘scam‘ semasa hendak menginap masuk bilik apartment di Hanoi pada Selasa.
Sudahlah wang tempahan telah dibelanjakan, sampai sahaja ke bumi Hanoi dari KLIA dapat berita semacam ini !
Flash Sukan dimaklumkan mereka masih gagal mencari hotel atau penginapan yang masih kosong berikutan sudah penuh dan terpaksa meminta bantuan pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Mereka pada mulanya telah membuat tempahan tempat penginapan melalui aplikasi di internet dan telah disahkan oleh pemilik apartment tersebut, tanpa sebarang keraguan mereka berasa lega kerana tidak perlu untuk fikirkan lagi tempat menginap.
Setelah membuat panggilan untuk menguruskan pendaftaran masuk, rakan media terkejut dibatalkan tempahan. Amat malang wang juga ‘hangus’ begitu sahaja.
Mereka semua tidak menyangka bahawa mereka adalah mangsa tipu menempah apartment.