SEBELUM perlawanan ramai yang menjangka Visakha FC akan tewas mudah kepada tuan rumah Bali United, namun keputusan sebaliknya berlaku di Stadium Kapten I Wayan Dipta Gianyar Bali pada Isnin.
Pasukan bimbingan Meas Channa memperoleh kemenangan mengejut termasuk mendapatkan jaringan besar 5-2 ke atas juara bertahan Liga 1 Indonesia itu.
Bagi Meas, dirinya telah menyusun perancangan dan berkeyakinan tinggi sebelum aksi bertemu Serdadu Tridatu.
Sebelum menewaskan Bali United, Visakha terlebih dahulu mengalahkan Kaya FC.
“Saya pernah maklum sasaran kami menang dalam dua perlawanan dan satu seri. Kami
mahu menang ke atas Kaya dan juga Kedah Darul Aman FC,” ujar Meas yang mengubah pendirian mahu menang kesemua tiga perlawanan di Gianyar, Bali.
Jurulatih berusia 38 tahun yang pernah mengendalikan Nagaworld FC melahirkan kesyukuran selepas menumpas Bali United.
Visakha kini berada dalam kedudukan teratas Kumpulan G dengan kutipan enam mata dari dua penampilan.
“Saya gembira hari ini kerana ini pertemuan yang sukar. Saya mengucapkan terima kasih kepada pemain yang terus berjuang hingga aksi selesai,” katanya berterima kasih kepada penyokong yang datang di Bali dan menyokong mereka di Kemboja.