PEMINAT Bali United FC yakini peluang pasukan kesayangan meraih kemenangan kedua dalam aksi Kumpulan G, Piala AFC 2022 di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali petang ini.
Selepas berjaya membenam wakil Malaysia, Kedah Darul Aman FC pada Jumaat, penyokong Serdadu Tridatu tetap dahagakan lagi kemenangan apabila berdepan Visakha FC.
I Gede Agus Aryanata,22 dari yang berasal dari Gianyar sentiasa hadir dan memberi sokongan penuh buat kelab yang dibimbing oleh Stefano Cugurra.
“Pasti satu aksi yang seru (sengit). Visakha adalah kelab terbaik dari Kemboja.
“Apapun, Bali United kelab yang kami sayang dan mahu melihat mereka ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN,” katanya ditemui Flash Sukan di Bali, pada Isnin.
Penyokong Bali United hadir seawal jam 4 petang bagi meneruskan sokongan tidak henti buat para pemain.