FOTO: TFC
PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner berusaha memastikan tidak kehilangan mata dalam kunjungan getir ke Gosford bertemu kelab Australia, Central Coast Mariners pada Rabu.
Pendahulu semasa Kumpulan G saingan Piala AFC itu tampak begitu liat kerana sejak tewas dalam aksi pertama, tetapi kemudian memenangi tiga perlawanan berturut-turut.
“Sasaran kami esok sangat penting untuk cuba tidak kalah dalam perlawanan itu. Perlawanan terakhir tewas di tempat sendiri dan kami mempunyai sedikit masalah dengan kecederaan.
“Sedikit kejutan pada aksi pertama. Kami tahu kualiti pemain pemain Mariners dan permainan individu mereka. Tetapi kami juga mempunyai kualiti kami. Kadang-kadang kualitinya, kita boleh tunjukkan, kadang-kadang kita boleh lihat lebih banyak.
“Kami akan tampil prestasi maksimum kerana jika anda mahu pergi ke pusingan seterusnya, kita mesti mengambil beberapa mata esok,” kata Steinbruckner dalam sidang media pra perlawanan.
Ujar juru taktikal asal Croatia itu lagi, tumpuan utama adalah menghadapi final Piala Malaysia yang bakal berlangsung minggu depan tetapi perlawanan di AFC tetap menjadi aspek terpenting buat pasukannya.
The Mariners semestinya mahu membalas dendam selepas kalah mengejut 1-0 di tangan skuad Peteh dalam aksi pertama di Gong Badak pada September lalu.
Sementara itu, kapten Terengganu FC, Habib Haroon teruja dan bersemangat menghadapi aksi kelima peringkat kumpulan meskipun skuad TFC dihimpit isu kecederaan beberapa pemain.
Jelas Habib lagi, ada dua sasaran mereka dalam kejohanan ini serta saingan Piala Malaysia yang menuju puncak Disember depan dan kehadiran mereka ke negara Australia itu kali ini cukup mengujakan.
“Kami teruja untuk perlawanan esok kerana kerana mereka merupakan salah satu pasukan terbaik dalam pertandingan ini.
“Berapa lama kami berfikir tentang hari esok untuk anda semua. Fikirkan untuk perlawanan pertama dan berikan kami salah satu perlawanan yang bagus dan saya menikmatinya, sekarang kami di sini (Australia),” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Piala AFC 2023 : Tugas sukar menanti Penyu di Australia gara-gara kecederaan