MALAYSIA bermula langkah kiri apabila dibelasah 4-1 bertemu juara bertahan, Korea Selatan aksi pembukaan Kumpulan C saingan Piala AFC B-23 di Stadium Lokomotiv, Uzbekistan sebentar tadi.
Penguasaan bola jelas memihak Korea yang kerap melakukan serangan pantas namun Malaysia berjaya mencipta percubaan tepat pertama seawal minit ke-3 menerusi satu half volley oleh Hadi Fayyadh tetapi ditepis oleh penjaga gol.
Korea memecah kebuntuan m-30 apabila kapten mereka, Lee Sang-Min memperoleh gol hasil daripada sepakan penjuru.
Jeong miliki peluang untuk menambah gol tetapi berjaya dihalang Rahadiazli Rahalim yang merebahkan badannya m-41.
Bersambung babak kedua, asakan bertali arus Korea Selatan berjaya memberikan gol kedua Korea Selatan hasil rembatan padu oleh Kim Taeh-Wan m-49.
Malaysia berpeluang merapatkan jurang tetapi percubaan dilakukan oleh kapten pasukan, Mukhairi Ajmal sedikit tersasar selepas itu.
Begitu juga percubaan oleh Luqman Hakim daripada jarak jauh tersasar m-62.
Mukhairi menghidupkan sisa kebangkitan Harimau Muda apabila tenang menyempurnakan jaringan m-82 menewaskan penjaga gawang Korea.
Keghairahan Malaysia memburu gol penyamaan dihukum apabila Korea pula menyumbat jaringan ketiga m-88 oleh Cho YoungWook dan pemain itu sekali lagi mencatat nama pada penghujung masa tambahan.
Skuad kendalian Brad Maloney berdepan misi sukar menjelang aksi seterusnya menghadapi dua pasukan handalan dari negara jiran tetangga – Thailand (5 Jun) dan Vietnam (8 Jun) yang turut berada dalam kumpulan sama.