SKUAD Harimau Malaya boleh mencuba tiga cara untuk menewaskan Thailand pada separuh akhir Piala AFF 2022. Berikut adalah tiga cara untuk Malaysia memusnahkan pasukan Gajah Perang.

Malaysia akan melayan kunjungan juara enam kali itu pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Pasukan kebangsaan memastikan layak ke separuh akhir Piala AFF 2022 selepas menamatkan saingan sebagai naib juara Kumpulan B dengan mengutip sembilan mata daripada empat perlawanan yang mereka jalani.

Pada fasa kumpulan, pasukan Harimau Malaya berjaya meraih tiga kemenangan serta tewas sekali dengan menjaringkan 10 gol dan bolos empat gol.

Sementara itu, Thailand layak ke separuh akhir sebagai juara Kumpulan A dengan 10 mata daripada empat perlawanan.

Thailand turut mencatat tiga kemenangan dan satu seri. Pasukan digelar Changsuek juga berjaya menjaringkan 13 gol, dan bolos dua kali dalam fasa kumpulan. Walaupun Thailand adalah lawan yang kuat, anak buah Kim Pan-gon itu mesti kekal optimistik.

Pasukan negara seharusnya dapat memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri pada perlawanan separuh akhir pertama untuk memastikan kemenangan dan membawa bekalan gol selesa untuk bertarung dalam perlawanan kedua pada Selasa ini.

Ketenangan Brendan Gan amat diperlukan benteng Harimau Malaya sekat pergerakan pemain Thailand laju dan licik.

Berikut adalah tiga cara untuk Malaysia mengalahkan Thailand pada separuh akhir Piala AFF 2022 :

1. Kuatkan Pertahanan

Pasukan kebangsaan harus mempunyai benteng pertahanan yang kuat untuk menghadapi Thailand yang mempunyai kualiti serangan yang baik.

Pemain Malaysia dikehendaki tampil berdisiplin, fokus, dan berkomunikasi sepanjang perlawanan.

Brendan Gan dan rakan-rakannya juga perlu memerhatikan hantaran lintang dan rembatan dari luar kotak penalti yang sering menjadi keutamaan Thailand dalam melancarkan serangan ke gawang lawan.

Faisal yang baru menyambut hari lahir ke-25 hari ini harus berada prestasi terbaik berdepan Thailand.

2. Memaksimumkan Serangan Balas

Thailand berkemungkinan akan bermain menyerang dan mengawal perlawanan menentang Malaysia.

Mereka juga diramalkan akan menggunakan permainan tekanan tinggi untuk memberi tekanan kepada Harimau Malaya.

Menentang strategi ini, negara boleh memaksimumkan taktik serangan balas untuk memecah masuk ke gawang Thailand. Strategi serangan balas amat sesuai digunakan oleh negara kerana mempunyai penyerang yang pantas seperti Faisal, Sergio Aguero dan Darren Lok.

3. Manfaatkan bola mati

Kem negara juga boleh memanfaatkan situasi bola mati untuk memecah masuk ke gawang lawan, sama ada melalui pukulan sudut, sepakan percuma atau lontaran ke dalam.

Untuk sepakan sudut dan sepakan percuma, Malaysia mempunyai pakar, termasuk Safawi Rasid, Brendan Gan dan juga Faisal.

Sementara itu, Malaysia boleh mengancam gawang Thailand dengan memaksimumkan balingan ke dalam jarak jauh yang dikhususkan oleh Sharul Nazeem Zulpakar.