BEKAS penyerang kebangsaan, Azmi Mohamed meyakini kredibiliti jentera pemusnah skuad kebangsaan untuk digunakan dalam aksi menentang Thailand pada Selasa berada pada tahap terbaik.
Dengan berhasilnya mara ke separuh akhir, Azmi percaya Kim Pan-gon sudah arif dan ‘masak’ dengan pemain tepat untuk diturunkan dalam perlawanan esok.
Menurutnya, dua kunci kepada jentera serangan skuad kebangsaan sudah semestinya tertumpu kepada serangan balas dan set pieces untuk memberi jaringan di tempat lawan buat kem negara.
“Kita ada banyak pilihan di bahagian serangan. Pemain yang tersenarai berkebolehan dan sangat dekat dengan sistem yang dipakai Kim Pan-gon.
“Pelan taktikal untuk skor gol sangat penting samada menggunakan serangan balas, set piece. Kita ada kemampuan dari segi counter-attack dan set pieces.
“Beberapa pemain dilihat boleh menggalas tugas tersebut untuk membuat breaking menerusi Faisal Halim, Darren Lok, Sergio Aguero dan juga Safawi Rasid yang sangat baik dengan set -pieces.
“Kalau mereka boleh lakukan dengan semangat dan kefahaman , di situ akan hadir kejayaan,” jelasnya ketika dihubungi Flash Sukan.
Sementara itu, Azmi berpendapat tiga tonggak utama pasukan Gajah Perang itu perlu diawasi kerana mereka telah menunjukkan persembahan memukau sekaligus memberi amaran bahawa mereka akan mendatangkan bahaya dalam perlawanan esok malam.
Kunci kejayaan seterusnya adalah pasukan kebangsaan perlu menggunakan pemikiran dan mental mereka sebaiknya di bahagian attacking third untuk memastikan segala idea pasukan Thailand gagal direalisasikan.
“Mereka ada Adisak Kraison , juga beberapa pemain seperti Teeraton Bunmathan dan Sarach Yooyen. Kecepatan berfikir perlu laju di bahagian attacking third perlu dimanfaatkan supaya tiada ruang untuk mereka membunuh perlawanan.
“Manfaatkan set pieces, counter- attack dan hidupkan posisi attacking third. Apabila attacking wise mereka tinggi, jiwa dan semangat mereka akan tinggi. Kita akan cuai dan pada masa tersebut kita akan dihukum,” ujarnya.