PEREBUTAN gelaran penjaring terbanyak Piala AFF 2022 semakin sengit dan tumpuan terarah kepada dua pemain sensasi dari Thailand dan juga Malaysia.
Calon penjaring terbanyak juga masih garang. Penyerang Thailand, Teerasil Dangda yang mengumpul lima gol diikuti pemain negara, Faisal Halim (4 gol) berpeluang memenangi kasut emas.
Kebetulan pula Malaysia dan Thailand berdepan antara satu sama lain di separuh akhir di Stadium Thammasat, Bangkok malam ini. Pada perlawanan pertama, Malaysia menang menerusi jaringan tunggal Faisal Halim.
Namun, masih ada perlawanan kedua dan Teerasil Dangda juga berpeluang menambah koleksi golnya.
Jika salah seorang antara mereka layak ke final, peluang untuk menjadi penjaring terbanyak adalah lebih besar, kerana perlawanan akhir nanti menggunakan sistem home dan away. Jadi, ada dua lagi perlawanan untuk penyerang itu menambah koleksi golnya
Apabila membandingkan Dangda dan Faisal, kedua-duanya mempunyai watak dan pengalaman yang berbeza. Dangda adalah penyerang tulen.
Dia juga sangat berpengalaman walaupun berusia 34 tahun. Bagaimanapun, dia membuktikan kemampuannya masih belum pudar. Naluri golnya masih padu. Ketepatan meledak ke gawang juga tidak berkurang.
Untuk rekod, Teerasil Dangdayang pernah beraksi di La Liga bersama UD Almeria itu telah merangkul gelaran penjaring terbanyak sebanyak empat kali iaitu edisi 2008, 2012, 2016 dan 2020.
Setakat ini, tiada lagi pemain lain dapat menandinginya. Malah, Dangda berkemungkinan dapat m nambah koleksi penjaring terbanyaknya kepada lima kali pada tahun ini.
🎂 How did you celebrate your 25th birthday?
🎉 This is how Faisal Halim celebrated his!#AFFMitsubishiElectricCup2022 | #BeTheGameChanger pic.twitter.com/o3fzyDk7zA
— AFF Mitsubishi Electric Cup (@affmecup) January 8, 2023
Manakala, Faisal pula bergantung pada kemahiran dan kepantasan. Fizikalnya tidak terlalu tinggi, hanya 1.58 meter tetapi berjaya muncul penjaring terbanyak pasukan Harimau Malaya.
Pemain baharu Selangor FC itu biasanya bermain sebagai pemain sayap atau pemain tengah menyerang. Dalam kalangan peminat temparan dia digelar Mickey tetap sejak kebelakangan ini disamakan sebagai Cristiano Ronaldo dari Malaysia.
Jadi perwatakannya hampir serupa dengan Ronaldo semasa muda. Teknikal, pantas dan tiba-tiba muncul dalam kotak penalti pihak lawan. Gegaran empat gol yang dijaringkan dalam Piala AFF, membuktikan Faisal sedang berkobar-kobar inginkan jumlah gol lagi.