KETUA Jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya mengakui pasukan Harimau Malaya yang dibimbing DNA Korea memiliki kualiti pemain yang mampu beraksi baik di posisi pertahanan dan serangan.

“Ia adalah perlawanan besar bagi kami. Pemain semakin baik dari hari ke hari. Sudah tentu , Malaysia harus menang. Mereka mempunyai pertahanan dan serangan yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, dia turut mengakui skuad kendalian Pan-gon itu memiliki kelebihan dari segi rehat dan komposisi pemulihan pemain kerana memiliki tempoh rehat yang lebih berbanding Singapura.

Foto: FAS

“Malaysia mempunyai kelebihan kerana beraksi di laman sendiri dan mempunyai rehat yang lebih berbanding pasukan Singapura,” jelasnya.

Sementara itu, Nishigaya menjelaskan skuad Singapura bakal turun bermain direct football menjelang aksi menarik menentang Malaysia esok malam.

“Saya rasa kita akan bermain secara direct football dan kita akan berhati-hati dalam aksi esok,” ujarnya.