10 perlawanan peringkat kumpulan untuk kempen Piala AFF 2022 telah selesai. Terdapat penyerang yang mula menunjukkan ketajaman di hadapan gol dengan meledak banyak gol untuk bersaing dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan.

Setakat ini, 47 gol telah dijaringkan sejak Piala AFF 2022 bermula pada 20 Disember. Ketika ini terdapat tiga nama yang berada di tangga teratas dengan jaringan tiga gol.

Salah seorangnya adalah Teerasil Dangda dari Thailand yang menjaringkan dua gol ketika menewaskan Filipina 4-0.

Veteran berusia 34 tahun itu diiringi dua lagi penyerang tajam yang turut mengumpul jumlah gol sama iaitu Kenshiro Daniels (Filipina) dan Faisal Halim (Malaysia).

Selain itu, terdapat lima pemain dari lima negara berbeza yang telah menjaringkan dua gol iaitu Reung Bunheing (Kemboja), Egy Maulana Vikri (Indonesia), Maung Maung Lwin (Myanmar), Sebastian Rasmussen (Filipina), dan Peeradon Chamratsamee (Thailand).

Baki 28 gol dijaringkan oleh 28 pemain berbeza, salah satunya adalah gol sendiri. Piala AFF 2022 masih mempunyai 16 perlawanan sehingga pusingan akhir.

Jadi peluang untuk mencipta banyak gol dalam baki kejohanan masih sangat terbuka buat mana-mana pemain yang sedang bertanding.

Penjaring semasa Piala AFF 2022:

3 gol

Terasil Dangda (Thailand)
Kenshiro Daniels (Filipina)
Faisal Halim (Malaysia)

2 gol

Reung Bunheing (Kemboja)
Egy Maulana Vikri (Indonesia)
Maung Maung Lwin (Myanmar)
Sebastian Rasmussen (Filipina)
Peeradon Chamratsamee (Thailand)