PASUKAN Harimau Muda menamatkan aksi peringkat Kumpulan B dengan kekalahan selepas tewas kepada Laos 1-0 di Stadium Patriot Candrabhaga, Bekasi, Isnin.

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kedudukan di tangga kedua dengan tujuh mata hasil dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Skuad kendalian Hassan Sazali Waras itu mempunyai kelebihan apabila sudah pun mengetahui siapakah lawan mereka di peringkat separuh akhir apabila Vietnam dan Thailand sudah pun mengesahkan tempat semalam.

 

Laos pula berjaya mencipta kejutan apabila mencatat rekod bersih dengan memenangi keempat-empat perlawanan sekaligus muncul juara kumpulan dan akan bertemu Thailand dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Skuad muda negara mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal disudahkan dengan baik oleh barisan penyerang dengan penalti daripada Phouttavong Sangvilay pada minit ke-68 cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat Laos.

Sekiranya menang Rabu ini, ia bakal menyaksikan Malaysia akan layak ke perlawanan akhir.