PASUKAN Bawah 19 Tahun (B-19) negara, mengesahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan AFF Bawah 19 Tahun (B-19) selepas berjaya menundukkan Timor Leste 4-3 dalam aksi Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Madya, Senayan.
Skuad kendalian Hassan Sazali Waras ini berjaya menutup mulut pengkritik yang dilihat kurang yakin dengan kemampuan skuad ini selepas mempamerkan aksi longgar dalam dua perlawanan awal sebelum ini.
Bagaimanapun Malaysia dipaksa bekerja keras sebelum meraih kemenangan dan terpaksa membayar harga yang tinggi apabila kapten pasukan, Aysar Shapri dilayangkan kad merah pada minit ke-71.
Gol-gol Malaysia dijaringkan Najmuddin Akmal pada minit kesembilan manakala Adam Farhan Faizal menyumbang dua gol pada minit ke-15 dan 63 dengan Aliff Izwan menjaringkan satu gol pada minit ke-53.
Namun Timor Leste tidak mengalah dan membalas tiga gol pada minit ke-12, 56 dan 77 untuk memberikan debaran buat skuad muda negara terutama ketika sedang bermain dengan 10 orang pemain.
Bagaimanapun, para pemain negara berjaya menyerap segala tekanan untuk muncul pemenang sekaligus mengesahkan tempat ke separuh akhir dan kini menunggu lawan mereka yang bakal ditentukan esok.
Dengan kemenangan ini, Malaysia masih ditangga kedua dibelakang Laos dan bakal mereka pada Isnin untuk menentukan siapa bakal muncul juara Kumpulan B.