LANGKAH Harimau Muda untuk mara ke final terencat apabila tewas 4-1 kepada juara bertahan, Vietnam pada aksi Piala AFF B-23 di Stadium Rayong, Thailand sebentar tadi.
Kegagalan anak buah E Elavarasan dalam menguasai bola mengakibatkan tiga gol dibolosi sepanjang babak pertama menerusi jaringan Dinh Xuan Tien 8′, 44′, Nguyen Quoc Viet 32′ .
Bersambung pada babak kedua, Malaysia kembali memperkemaskan permainan dan ia terbukti selepas Alif Ikmalrizal Anuar merapatkan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-49.
Sepenuh Masa
Separuh Akhir Kejuaraan B-23 AFF 2023
MALAYSIA 🇲🇾 1-4 🇻🇳 VIETNAM
⚽️ Dinh Xuan Tien 8' 44', Nguyen Quoc Viet 32' , Nguyen Hong Phuc 85'
⚽️Alif Ikmalrizal Anuar 49'#FAM #HarimauMalaya #AFFU23 pic.twitter.com/k79SAUVFH1— Flash Sukan (@FlashSukan) August 24, 2023
Ketika pemain Malaysia seakan ‘mengalah’ dan pasrah, Nguyen Hong Phuc menamatkan sisa perjuangan kem negara dengan menampan mudah untuk jaringan keempat pada minit ke-85.
Kekalahan itu menyaksikan Harimau Muda sekadar bersaing meraih kedudukan ketiga terbaik kejohanan edisi kali ini sama ada bertemu Thailand dan Indonesia, dengan kedua-dua pasukan itu bakal bertarung sebentar nanti dalam buruan slot ke final.