SKUAD Harimau Malaya bakal berhadapan ujian terbesar di Piala Asia Qatar 2023 apabila bertemu Korea Selatan yang diperkuatkan dengan 12 pemain berpangkalan di Eropah selepas pengendalinya, Jurgen Klinsmann membuat pengumuman barisan pemain pada Khamis.
Klinsmann tidak memandang mudah ancaman Kumpulan E ini dengan mempersiapkan pasukan yang turut dibarisi pemain-pemain terbaik dari Liga Korea Selatan untuk berhadapan Bahrain, Jordan dan Malaysia.
Antara pemain yang dipanggil untuk memperkuatkan skuad Korea Selatan adalah bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min, pertahanan Bayern Munich, Kim Min-jae, perancang Paris Saint-Germain, Lee Kang-in dan pemain sayap Wolverhampton Wanderers, Hwang Hee-chan.
[𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗦𝗾𝘂𝗮𝗱] ⚡아시아 정상을 향해⚡
2023 AFC 아시안컵에 참가하는 🇰🇷축구국가대표팀의 명단을 공개합니다!✔2023 AFC 아시안컵
🇰🇷v🇧🇭#바레인 24.01.15(월) 20:30
🇰🇷v🇯🇴#요르단 24.01.20(토) 20:30
🇰🇷v🇲🇾#말레이시아 24.01.25(목) 20:30
⏰한국시간 기준 📍카타르 pic.twitter.com/YD502IuJuR— theKFA (@theKFA) December 28, 2023
Pemain-pemain lain yang beraksi di Eropah yang turut tersenarai ialah Kim Ji-soo yang beraksi untuk Brentford, Yang Hyun-jun dan Oh Hyeon-gyu yang mewakili Celtic, Lee Jae-sung yang mewakili kelab Jerman Mainz 05 serta Jeong Woo-yeong dari VfB Stuttgart dan pemain kelab Belgium, KAA Gent, Hong Hyun-seok.
Turut diletakkan dalam senarai 26 pemain itu adalah Hwang In-beom yang beraksi untuk kelab Serbia, FK Crvena Zvevda dan Cho Gue-sung yang mewakili kelab Denmark FC Midtjylland yang akan menjadi igauan buat skuad kendalian Kim Pan-gon.
Klinsmann turut menyenaraikan pemain yang beraksi dalam liga domestik selain liga-liga besar dalam benua Asia seperti tiga pemain Ulsan HD, Jo Hyeun-woo, Kim Young-gwon, Kim Tae-hwan, tiga pemain dari Jeonbuk Hyundai Motors, Kim Jin-su, Moon Seon-min, Park Jin-seob serta Kim Ju-sung dari FC Seoul dan Lee Soon-min yang beraksi dengan Gwangju FC.
𝙆𝙊𝙍𝙀𝘼 ⚡아시아 정상을 향해⚡#대한민국 #축구국가대표팀 #AsianCup2023 pic.twitter.com/nhzbI6Pxog
— theKFA (@theKFA) December 28, 2023
Sementara itu, Kim Seung-gyu yang berpangkalan di kelab Al Shabab, Arab Saudi, Song Bum-keun yang mewakili kelab Jepun, Shonan Bellmare serta Park Yong-woo yang beraksi untuk kelab Al Ain di Emiriah Arab Bersatu bakal membentuk skuad yang mantap buat juara Piala Asia dua kali itu.
Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Ulsan HD dalam Liga Juara-Juara AFC ketika disaksikan sendiri oleh Klinsmann di Stadium Sultan Ibrahim sudah pasti membuka mata pengendali Jerman itu tentang ancaman yang bakal dihadirkan Harimau Malaya.
Malaysia bakal berhadapan Korea Selatan pada perlawanan terakhir kumpulan pada 25 Januari dan pemain-pemain Harimau Malaya boleh mempelajari sesuatu dari aksi ini yang dijangka menarik.