PIALA Asia 2023 membuka tirainya 12 Januari ini yang bakal menyaksikan beberapa pemain Asia berbakat dan terkenal, mungkin bakal menjadi penampilan terakhir mereka.

Antara lima pemain  ‘senior’ yang dijangkan bersara di pentas Piala Asia termasuk:

1.Sunil Chhetri

Kapten India, Sunil Chhetri yang pertama kali muncul di Piala Asia AFC pada tahun 2011 di Qatar beraksi cemerlang dengan menjaringkan gol ketika menentang Korea dan Bahrain pada peringkat Kumpulan pada kejohanan itu.

Chhetri menjadi penjaring gol yang produktif untuk kelab dan negara, meninggalkan pasukan lama Bengaluru FC ke final Piala AFC pada tahun 2016 dan meraih pelbagai anugerah.

Dia membuat penampilan semula pada Piala Asia  2019 dan menjaringkan gol kemenangan India 4-1 ke atas Thailand, memberikan kemenangan pertama negara dalam tempoh 55 tahun.

Dalam tempoh lima tahun, pemain berusia 39 tahun ini, kekal penting dalam cabaran Blue Tigers kerana menjadi penjaring gol antarabangsa ketiga tertinggi, di belakang Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Chhetri menjaringkan sembilan gol pada tahun kalendar yang lalu dan kini beraksi di Piala Asia AFC yang pasti menjadi penampilan terakhirnya.

2. Hassan Maatouk

Seorang lagi penyerang veteran, Hassan Maatouk yang banyak membantu pasukan negaranya dan merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Lubnan akan bersama-sama pasukan itu dan ini merupakan penampilan keduanya di Qatar.

Selepas mengambil bahagian sebagai pemain tuan rumah pada tahun 2000, Maatouk mengetuai negaranya untuk melayakkan diri ke pertandingan buat kali pertama pada 2019 sambil menjaringkan gol dan memberikan bantuan cemerlang ketika menentang DPR Korea ketika Cedars mencatatkan kemenangan sulung mereka di Piala Asia.

Permainan kreatif penyerang sayap kiri berusia 36 tahun itu dan kebolehan untuk melepasi pemain pertahanan lawan adalah penting untuk pasukan Lubnan dan Maatouk, yang telah muncul untuk negaranya lebih daripada 110 kali sejak debut pada 2006, menyasarkan akan menyerlah sekali lagi menjelang pembukaan kejohanan menentang Qatar.

3. Zhang Linpeng

Sebagai tonggak pertahanan China sejak 2010, Zhang Linpeng menjaringkan gol pada penampilan sulung Piala Asia AFC menentang Kuwait pada 2011 yang berjaya mengubah kariernya di pentas benua Asia.

Pada awal kemunculan karier, Zhang memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara AFC bersama Guangzhou FC pada 2013 dan 2015 serta pelbagai anugerah di negaranya dan telah membuktikan beliau merupakan aset utama dalam pasukan yang mendominasi bola sepak China selama sedekad.

Kejayaan untuk mewakili pasukan kebangsaan semakin sukar, bagaimanapun, dengan Kejohanan Bola Sepak Asia Timur EAFF pada 2010, ia satu-satunya penghormatan baginya.

Kini Zhang 34 tahun, bersedia membuat penampilan keempat Piala Asia dan akan berusaha menyamai sekurang-kurangnya persembahan terbaiknya pada suku akhir sebelum ini.

4. Hassan Al Haydos

Salah seorang bintang generasi paling berjaya bola sepak Qatar, Hassan Al Haydos akan dikenang sebagai pemain yang mengetuai negara Teluk itu dengan pencapaian terbaik mereka apabila memimpin negaranya merangkul kejuaraan sulung Piala Asia pada 2019.

Walaupun Almoez Ali dan Akram Afif yang menjaringkan sembilan gol mungkin menjadi tajuk utama, Al Haydos sangat cemerlang sepanjang kempen kejayaan 2019, dan berada dalam senarai mata dalam kemenangan separuh akhir 4-0 ke atas tuan rumah Emiriah Arab Bersatu.

Pencipta rekod penampilan mewakili Qatar, yang turut merasai kegemilangan dengan memenangi Liga Juara-Juara AFC  bersama Al Sadd SC pada 2011, menerajui negaranya di Piala Dunia Fifa pada 2022 dan sekali lagi akan mengetuai pasukannya di tanah air mahu membuktikan kejayaan sekali lagi.

5. Ehsan Hajsafi

Seorang lagi kapten pasukan kebangsaan, Ehsan Hajsafi telah menjadi pemain tetap Iran sejak 2008, mengumpul lebih 135 penampilan dan muncul di tiga Piala Dunia Fifa dan tiga Piala Asia AFC.

Bek kiri serba boleh itu telah menghabiskan sebahagian besar karier kelabnya di tanah airnya dan Greece, dan musim lalu melengkapkan kempen terbaiknya dengan merangkul kejuaraan tempatan bersama AEK Athens.

Kini berusia 33 tahun, Hajsafi telah menjadi sebahagian daripada pasukan Iran yang telah mencapai dua suku akhir Piala Asia AFC dan separuh akhir. Tetapi tidak syak lagi dia akan menuju ke Qatar dengan tujuan menamatkan penantian lama Pasukan Melli untuk gelaran benua keempat dalam apa yang mungkin menjadi peluang terakhir untuk melakukannya.