UZBEKISTAN, Vietnam dan Kuwait bakal menjadi halangan Malaysia dalam saingan peringkat Kumpulan D Piala Asia B-23 yang bakal berlangsung pada April tahun depan.

Sebanyak 16 pasukan dibahagikan kepada empat pot berdasarkan kedudukan semasa Kelayakan Piala Asia B-23 tempoh hari.

Pada undian yang dijalankan pada Khamis di Al Bustan Ballroom, Wyndham, Doha, Qatar, Malaysia berada dalam Kumpulan D hasil undian daripada pot 4.

Dalam saingan yang bakal berlangsung pada 15 April tahun depan, Malaysia, yang muncul empat pasukan naib juara terbaik bakal memberikan saingan sengit buat skuad kendalian Juan Torres Garrido untuk mencipta sensasi mara ke pusingan kedua saingan.

Selain kedudukan Kumpulan D, tiga lagi kumpulan dilihat cukup sengit apabila Qatar, Australia, Jordan dan Indonesia berada dalam Kumpulan A.

Jepun, Korea Selatan, UAE dan China pula mengisi Kumpulan B sementara Arab Saudi, Thailand, Iraq dan Tajikistan di Kumpulan C.

Pencapaian terbaik ketika edisi 2018 di China menyaksikan skuad muda negara ketika itu dibawah kendalian Datuk Ong Kim Swee disingkirkan oleh Korea Selatan dengan kekalahan tipis 1-2 di peringkat suku akhir.