SKUAD bawah 23 (B-23) negara dijangka terlibat dalam saingan empat penjuru di Indonesia sebagai persiapan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung di Doha, Qatar dari 15 April hingga 3 Mei depan.

Difahamkan, siri aksi pemanas badan itu dijangka berlangsung pada 18 hingga 26 Mac 2024.

Anak buah Juan Torres Garrido bakal berdepan lawan berkualiti iaitu, Indonesia, Arab Saudi dan Tajikistan.

Terdahulu, FLASH SUKAN pernah melaporkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengadakan perbincangan bersama Garrido di Doha untuk melakukan persiapan bermain dalam kejohanan empat penjuru di Indonesia

Di Piala Asia B-23 nanti, pasukan negara diletakkan dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam.

Harimau Muda akan membuka tirai berdepan Uzbekistan pada 17 April 2024.