SEBANYAK 16 pasukan terbaik dari seluruh benua Asia akan membawa beberapa bakat terbaik ke Piala Asia AFC Bawah 23 Qatar 2024 ketika edisi keenam kejohanan itu bermula pada malam ini.

Selama bertahun-tahun, pertandingan ini telah menyaksikan beberapa pemain yang telah berjaya menarik perhatian kelab dan negara, dan itulah yang diharapkan oleh kumpulan pemain semasa kerana mereka juga mencari kejayaan benua dan tempat di Olimpik Paris 2024 dengan menamatkan sebagai salah satu daripada tiga pasukan terbaik.

Menerusi laman web AFC.com, mereka melihat lapan pemain muda yang mampu menyinar  dalam edisi terbaru pertandingan benua itu.

Ahmed Al Rawi – Qatar

Sumber Gambar: Qatar Football Live

  • Adik kepada pemain pertahanan Qatar yang memenangi Piala Asia sebanyak dua kali, Bassam Al Rawi
  • Memiliki keupayaan untuk melepasi pemain pertahanan serta kemahiran yang boleh digunakan daripada situasi bola mati.
  • Sudah melakukan dua penampilan antarabangsa dan menjaringkan satu gol antarabangsa setakat ini.
  • Merupakan produk Akademi Aspire

Kuryu Matsuki – Jepun

Sumber Gambar: JFA

  • Merupakan penolong kapten bagi pasukan FC Tokyo
  • Bermain di bahagian tengah sebagai seorang pencipta dan pemusnah.
  • Dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik AFC tahun 2022.
  • Mengetuai negaranya ke separuh akhir Piala Asia B-20 tahun lepas.

Eom Ji-sung – Korea Selatan

Sumber Gambar: K League United

  • Salah seorang prospek muda Liga K yang paling cemerlang mengikut media Korea Selatan.
  • Membantu pasukan Gwangju FC ke tempat ketiga dalam liga K1.
  • Juga membantu kelabnya menempah slot ke playoff AFC Liga Juara-Juara Elite musim depan.

Sultan Adil – Emiriah Arab Bersatu

Sumber Gambar: Tasnim News

  • Menjaringkan empat gol dalam empat perlawanan kompetitif terakhir untuk pasukan senior kebangsaan.
  • Mempamerkan potensi dan kematangan dalam karier antarabangsa walaupun baru berusia 19 tahun
  • Antara calon yang layak untuk mewarisi penjaring gol UAE daripada penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka Ali Mabkhout.

Ali Jasim – Iraq

Sumber Gambar: The Peninsula Qatar

  • Membantu negaranya melayakkan diri ke Piala Dunia B-20 selepas menewaskan Iran ketika suku akhir Piala Asia B-20 tahun lepas.
  • Mempunyai kepantasan yang sukar ditandingi oleh pihak lawan.
  • Sudah menjaringkan empat gol dalam peringkat kumpulan AFC Liga Juara-Juara 2023-24.

Ahmed Al Ghamdi – Arab Saudi

Sumber Gambar: Arab News

  • Mengukuhkan tempatnya dalam pasukan Al Ittihad yang menampilkan pemain tengah seperti Fabinho dan N’Golo Kante.
  • Menjaringkan dua gol dalam enam perlawanan bersama pasukan Al Ittihad setakat ini.
  • Pernah bermain dalam edisi 2022 Piala Asia B-23.
  • Menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan akhir Piala Asia B-23 sebelum ini.

Marselino Ferdinan – Indonesia

Sumber Gambar: tvOneNews

  • Seorang generational talent mengikut peminat bola sepak Indonesia.
  • Sudah mempunyai 23 penampilan antarabangsa bersama pasukan kebangsaan Indonesia.
  • Penjaring termuda pasukan kebangsaan Indonesia.
  • Mengecap kejayaan besar bersama pasukan kebangsaan B-23, membimbing mereka untuk meraih pingat gangsa di Sukan Asia Tenggara 2021 dan kemudian membantu mereka memenangi pingat emas pertama mereka dalam tempoh 32 tahun pada 2023.

Khusain Norchaev – Uzbekistan

Sumber Gambar: AFC

 

  • Menjaringkan hatrik menentang ATK India Mohun Bagan dalam separuh akhir Antara Zon Piala AFC.
  • Menjaringkan dua gol ketika edisi 2022 dimana beliau turut membantu Uzbekistan layak ke perlawanan akhir.
  • Menjaringkan hatrik ketika menentang Afghanistan dan Hong Kong, China untuk membantu Uzbekistan mara ke Piala Asia AFC U23 edisi kali ini.