IMPIAN Kedah Darul Aman (KDA) FC mencari bekalan bagi pertemuan kedua di Alor Setar, 4 Oktober depan tidak kesampaian apabila tewas di tangan Kuching City FC 1-0 dalam saingan suku akhir pertama Piala Cabaran di Stadium Negeri Kuching, sebentar tadi.

Walaupun berusaha gigih untuk mencari kemenangan, anak buah Nafuzi Zain mendapati lawan begitu ‘liat’ beraksi di halaman sendiri dan gagal memecahkan kebuntuan di babak pertama.

Babak kedua menyaksikan penguasaan berterusan tuan rumah dan Abu Kamara muncul wira The Cats selepas memecah kebuntuan m-85 menerusi ledakan kencang dalam kotak penalti menewaskan penjaga gawang pelawat, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Walaupun Kedah terus mengasak tetapi benteng anak buah Aidil Sharin Sahak berjaya bertahan sehingga wisel penamat.

May be an image of 5 people, people playing American football, people playing football and text

Kesebelasan utama Kuching City malam ini. Foto : KDA FC

Kedah kini tiada peluang lain selain wajib menggapai kemenangan agregat lebih baik menjelang aksi kedua suku akhir di Stadium Darul Aman pada 4 Oktober depan.

Jika ingin mara ke separuh akhir, Sang Kenari kena turun dengan kesebelasan dan kemampuan terbaik pada perlawanan tersebut dan berharap taktikal yang telah dirancang dapat membuahkan hasil yang positif.