SUSULAN kejayaan mengejutkan Jerman, pemain bintang Jepun berkemungkinan mendapat bonus besar pada edisi Piala Dunia kali ini.

Menerusi kejayaan bersejarah di Stadium Antarabangsa Khalifa dan meraih tiga mata, skuad Samurai Biru jelas gembira.

Walaupun tiada lagi pengumuman rasmi, berita ini membakar lagi semangat pemain Asia yang diketuai Maya Yoshida menghadapi aksi kedua bertemu Costa Rica pada Ahad.

Sebelum ini, pasukan Arab Saudi dilaporkan akan menerima sebuah Rolls Royces Phantom setiap seorang selepas kemenangan sensasi ke atas Argentina di Qatar.

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dikatakan memberikan kenderaan mewah itu buat pemain Green Falcons.