SELAIN pemain, pengadil juga pulang awal dari tugasan antarabangsa di Piala Dunia 2022.
Antonio Mateu Lahoz yang sebelum ini dipertikaikan oleh Lionel Messi semasa pertembungan Belanda dan Argentina berkemas balik ke negara kelahirannya, Sepanyol.
Seperti yang dilaporkan Daily Mail, Mateu Lahoz tidak akan mengendalikan perlawanan Piala Dunia 2022 lagi di Qatar.
El enojo de Messi por el arbitraje de Antonio Mateu Lahoz#TNTSportsMundial pic.twitter.com/GSwyaO3lCq
— TNT Sports Argentina (@TNTSportsAR) December 9, 2022
Pada perlawanan suku akhir di Stadium Ikonic Lusail, Mateu Lahoz mengeluarkan 17 kad kuning dan satu kad merah.
Selepas perlawanan yang dimenangi Argentina menerusi sepakan penalti 4-3 selepas terikat 2-2 dalam masa 120 minit, Messi menyalahkan Lahoz. Kapten pasukan kebangsaan Argentina itu mengakui bahawa FIFA perlu menyiasatnya, dan berharap dia tidak akan mengendalikan perlawanan di separuh akhir.
Dalam laporan COPE, harapan Messi jelas menjadi kenyataan. Antonio Mateu Lahoz, yang merupakan pengadil LaLiga, tidak akan tampil di separuh akhir Piala Dunia 2022.
Di separuh akhir, pasukan kebangsaan Argentina akan menentang Croatia, yang menyingkirkan Brazil di Stadium Lusail, awal pagi Rabu.