BINTANG Senegal Sadio Mane berkemungkinan terlepas aksi Piala Dunia di Qatar selepas mengalami kecederaan ketika membantu Bayern Munich menewaskan Werden Bremen 6-1 dalam aksi Bundesliga.
Mane dilaporkan bakal mengalami kecederaan kaki dan memerlukan tiga hingga empat minggu untuk pulih selepas dikeluarkan ketika permainan baru memasuki minit ke-20.
Dia sudah menjalani imbasan pada Rabu dan disahkan mengalami kecederaan pada tendon sekaligus tidak dapat beraksi beberapa minggu sekaligus mungkin terlepas untuk ke Qatar.
Sadio Mane suffered an injury to his right fibula during #FCBSVW. He will miss the game against Schalke. Further examinations will follow in the coming days, and FC Bayern are in contact with the medical staff of the Senegalese Football Association.
— FC Bayern Munich (@FCBayernEN) November 9, 2022
Senegal akan memulakan kempen Piala Dunia mereka menentang Belanda pada 21 November 2022 sebelum bertemu Equador dan Qatar dalam Kumpulan A.
Ketiadaan Mane masih belum dimuktamadkan tetapi dia dijangka diketepikan dalam senarai 25 pemain yang bakal dinamakan ketua jurulatih Senegal, Aliou Cisse pada Jumaat.
Bercakap selepas perlawanan itu, pengurus Bayern, Julian Nagelsmann pada awalnya tidak bimbang dengan kecederaan yang menimpa Mane dan berharap dia sempat sembuh untuk ke Piala Dunia.
“Saya tidak boleh berkata apa-apa ketika ini. Dia dibentes pada permukaan tulang kering dan sememangnya tidak menyelesakan. Ia terkena sedikit pada otot dan berharap ianya tidak serius hingga boleh menggangu penampilannya di Piala Dunia,” katanya.
Mane menyertai senarai beberapa lagi pemain bintang yang tercedera dan terpaksa melupakan Piala Dunia seperti Diogo Jota, Paul Pogba, Timo Werner dan N’Golo Kante.