SETAKAT ini, 14 pasukan berjaya mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022. Baki dua tempat akan direbut oleh enam negara.
Jepun dan Sepanyol adalah dua negara terbaharu yang layak ke fasa kalah mati. Kedua-duanya datang dari Kumpulan E dan bertemu antara satu sama lain pada perlawanan terakhir. Walaupun Jepun menang 2-1, Sepanyol tetap layak kerana perbezaan jaringan yang lebih baik berbanding Jerman yang ditendang keluar terlebih dahulu.
Beberapa jam sebelum itu, Maghribi dan Croatia yang layak mewakili Kumpulan F. Maghribi mara ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan selepas menewaskan Kanada 2-1, manakala Croatia menjadi naib juara ketika mengikat Belgium 0-0.
Sebelum ini, sudah ada 10 negara yang telah meraih tiket ke pusingan 16 akhir. Mereka ialah Belanda, Senegal, England, Amerika Syarikat, Argentina, Poland, Perancis, Australia, Brazil dan Portugal.
Top of the group and into the Round of 16! 🙌
What a feeling for Morocco 🇲🇦#FIFAWorldCup | #Qatar2022
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 1, 2022
Baki dua slot untuk 16 terbaik akan ditentukan lewat malam ini. Dari Kumpulan G, masih ada Switzerland, Cameroon dan Serbia yang berpeluang layak. Manakala dalam Kumpulan H pula Ghana, Korea Selatan dan Uruguay turut mengintai peluang mara.
Berikut adalah senarai negara yang telah pun layak ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022:
1. Belanda
2. Senegal
3. England
4. Amerika Syarikat
5. Argentina
6. Poland
7. Perancis
8. Australia
9. Jepun
10. Sepanyol
11. Maghribi
12. Croatia
13. Brazil
14. Portugal
Jadual Pusingan 16 Piala Dunia 2022:
Belanda lwn Amerika Syarikat
England lwn Senegal
Argentina lwn Australia
Perancis lwn Poland
Jepun lwn Croatia
Maghribi lawan Sepanyol
** Lawan Brazil dan Portugal masih belum diketahui