FOTO : AFC

LALUAN benua Asia ke Piala Dunia Fifa 2026 telah dimuktamadkan sebaik selesai majlis undian pusingan ketiga Kelayakan Asia AFC di Kuala Lumpur pada Khamis.

18 pasukan itu dibahagikan kepada tiga kumpulan, dengan lapan tempat yang disahkan dan kemungkinan tempat tambahan melalui playoff yang tersedia untuk Asia pada Piala Dunia Fifa 2026 yang akan dihoskan bersama oleh Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

Kyrgyzstan, Indonesia dan Palestin membuat penampilan sulung mereka pada peringkat Kelayakan Asia kali ini.

Kumpulan A akan menyaksikan pilihan utama Iran dicabar oleh penyandang juara Piala Asia Qatar, Uzbekistan, Emiriah Arab Bersatu, Kyrgyzstan dan Korea Utara.

Korea Selatan mengetuai Kumpulan B dengan Iraq, Jordan, Oman, Palestin dan Kuwait turut memburu dua tempat automatik ke pusingan akhir.

Korea akan menjadi pasukan pilihan, setelah membuat 10 penampilan berturut-turut Piala Dunia Fifa sejak 1986.

Palestin membuat penampilan sulung mereka pada peringkat kelayakan Asia kali ini.

Mengetuai Kumpulan C ialah Jepun, yang sedang berusaha untuk layak ke Piala Dunia Fifa buat kali kelapan berturut-turut.

Dua pasukan teratas dari tiga kumpulan akan mengesahkan tempat mereka di Piala Dunia Fifa 2026, manakala pasukan yang menduduki tempat ketiga dan keempat dari setiap kumpulan, enam secara keseluruhan akan mara ke Kelayakan AFC – Laluan ke 26 Playoff, yang akan dipertandingkan dalam dua kumpulan yang terdiri daripada tiga pasukan dalam format round robin, dengan kedua-dua pemenang kumpulan layak ke acara global tersebut.

Dua pasukan tempat kedua dari playoff akan berentap dalam perlawanan timbal balik di tempat sendiri dan tempat lawan untuk memperoleh hak ke playoff antara benua dan bersaing untuk tempat terakhir.

Kelayakan AFC akan bermula pada 5 September dengan pusingan akhir perlawanan dijadualkan pada 10 Jun 2025.

 

Keputusan Undian

Kumpulan A: Iran, Qatar, Uzbekistan, Emiriah Arab Bersatu, Kyrgyzstan, Korea Utara
Kumpulan B: Korea Selatan, Iraq, Jordan, Oman, Palestin, Kuwait
Kumpulan C: Jepun, Australia, Arab Saudi, Bahrain, China, Indonesia