PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) secara rasmi mengumumkan bahawa pembukaan Piala Dunia 2026 akan diadakan di Stadium Azteca, Mexico City, pada 11 Jun 2026.

Azteca ialah stadium berkapasiti 87,523 tempat duduk. Stadium ini dibina pada tahun 1961 dan telah diubah suai sebanyak empat kali. Stadium ini kali terakhir dipulihkan pada 2016.

Perlawanan penutup atau akhir Piala Dunia 2026 akan berlangsung di Stadium MetLife, New York City, New Jersey, pada 19 Julai 2026.

MetLife pula stadium berkapasiti 82,500. Stadium ini dibina dari 2008 hingga 2010 dan kebanyakannya digunakan sebagai gelanggang rumah untuk kelab NFL.

“Stadium New York New Jersey telah disahkan sebagai lokasi perlawanan akhir Piala Dunia Fifa 26 pada Ahad, 19 Julai 2026,” tulis Fifa di laman web rasminya.

Pada masa ini Kelayakan Piala Dunia 2026 sedang berlangsung di lima benua. Kelayakan untuk edisi ke-26 berbeza dengan edisi sebelum ini.

Ini kerana terdapat 45 tiket untuk Piala Dunia 2026 untuk direbut, tidak termasuk Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat sebagai tuan rumah.

Ini adalah kali pertama Piala Dunia disertai 48 pasukan. Pada edisi sebelum ini, terdapat 32 negara untuk Piala Dunia. Disebabkan itu, perebutan tiket menjadi semakin sengit.

May be an image of 9 people, people playing American football, people playing football and text

Pasukan Harimau Malaya yang bersaing di zon Asia juga berpeluang memenangi tiket. Ketika ini anak buah Kim Pan-gon masih kekal sebagai peneraju Kumpulan D pusingan kedua kelayakan ke Piala Dunia 2026.

Malaysia memperoleh enam mata daripada dua perlawanan menentang Republik Kyrgyz dan Chinese Taipei, November tahun lepas.

Skuad negara akan meneruskan perjuangan menentang Oman dalam perlawanan di tempat lawan dan di tempat sendiri yang masing-masing akan diadakan pada 22 dan 26 Mac.