SATU lagi persembahan lima bintang ditunjukkan oleh pasukan kebangsaan Argentina Bawah 20 apabila mereka menang 5-0 menentang New Zealand di Piala Dunia B-20 2023.
Argentina sudah pun layak ke Pusingan 16 dan hanya memerlukan satu mata untuk mengungguli kumpulan.
Pasukan Javier Mascherano akhirnya menjaringkan lima gol ketika mereka terus menjadi lebih baik setiap perlawanan.
Ignacio Maestro Puch mendapat permulaan untuk pasukan kebangsaan Argentina B-20 dan dia menjaringkan gol pertama perlawanan itu.
Tiga minit kemudian, dribble oleh Luka Romero dan hantarannya kepada Gino Infantino memastikan gol kedua untuk Argentina.
Giliran Luka Romero pula pencatat penjaring apabila percubaan dengan kaki kirinya dari luar kawasan penalti menjadikan kedudukan 3-0.
Javier Mascherano membuat perubahan pada separuh masa dan sekali lagi, skuad Tango tidak mengambil masa yang lama untuk menjaringkan gol.
Sepakan penalti Brian Aguirre disempurnakan dan itu adalah gol pertamanya dalam Piala Dunia B-20.
Mascherano membuat dua lagi pertukaran memasukkan Máximo Perrone dan Alejo Véliz dan percaturan itu berhasil apabila hantaran lintang kepada Véliz disudahkan dengan aksi tandukan yang menerjah jaring New Zealand.
Uniknya, Véliz kini mempunyai tiga gol di Piala Dunia B-20 dan ketiga-tiganya adalah gol tandukan!
Maestro Puch makes it 1-0 for Argentina U20 vs. New Zealand at the U20 World Cup! https://t.co/qSbEqlT183
— Mundo Albiceleste ⭐🌟⭐🇦🇷 (@MundoAlbicelest) May 26, 2023
Gino Infantino makes it 2-0 for Argentina vs. New Zealand at the U20 World Cup! https://t.co/WOBSIcd2IM
— Mundo Albiceleste ⭐🌟⭐🇦🇷 (@MundoAlbicelest) May 26, 2023
LUKA ROMERO WITH THE GOAL OF THE U20 WORLD CUP! Argentina rocket! 💥pic.twitter.com/AbWvNxzqtZ
— Mundo Albiceleste ⭐🌟⭐🇦🇷 (@MundoAlbicelest) May 26, 2023
Alejo Véliz makes it 5-0 for the Argentina U20 team! https://t.co/Omy4QXTluP
— Mundo Albiceleste ⭐🌟⭐🇦🇷 (@MundoAlbicelest) May 26, 2023