LENGKAP sudah lapan pasukan negara yang layak ke suku akhir Piala Dunia B-20 2023 selepas pusingan 16 berakhir, awal pagi Jumaat.
Uruguay dan Korea Selatan adalah dua pasukan terakhir yang berjaya melangkah ke peringkat lapan terbaik.
Uruguay berjaya menewaskan Gambia 1-0 di Estadio Unico Madre de Ciudades, Santiago del Estero. Satu-satunya gol kemenangan Uruguay dicipta pada minit ke-65 oleh Anderson Duarte.
Sementara itu, Korea Selatan menang 3-2 ke atas Ecuador dalam perlawanan sengit. Tiga daripada gol kemenangan Korea dijaringkan oleh Lee Young Jun, Bae Joon Ho, dan Choi Seok Hyeon. Sementara itu, Colombia hanya mampu membalas menerusi Justin Cuero dan Sebastian Gonzalez.
2023 FIFA U20 World Cup
Round of 16 | All results
FT: Gambia U20 🇬🇲 0:1 🇺🇾 Uruguay U20
FT: Ecuador U20 🇪🇨 2:3 🇰🇷 South Korea U20
———#U20WC #argentina2023 pic.twitter.com/upnJoPKpMm— ASEAN Football News (@theafndotcom) June 1, 2023
Keputusan ini menjadikan Uruguay dan Korea Selatan memenangi dua tiket terakhir ke suku akhir Piala Dunia B-20 2023. Sebelum ini, Colombia, Itali, Israel, Brazil, Amerika Syarikat dan Nigeria sudah pun mengesahkan kelayakan.
Pada suku akhir Piala Dunia B-20 2023, Uruguay akan menentang Amerika Syarikat. Sementara itu, Korea akan mencabar Nigeria yang berjaya menewaskan tuan rumah Argentina.
Pada suku akhir yang lain, Colombia bertemu Itali dan Israel menghadapi Brazil.
Jadual Suku Akhir
4 Jun, Ahad
Israel lwn Brazil (1.30 pagi)
Colombia lwn Itali (5 pagi)
5 Jun, Isnin
Korea Selatan lwn Nigeria (1.30 pagi)
Amerika Syarikat lwn Uruguay (5 pagi)