SKUAD bola sepak Uruguay B-20 akan menentang Israel pada separuh akhir Piala Dunia B-20 2023 di Argentina.
Uruguay mara ke separuh akhir setelah mengalahkan Amerika Syarikat (AS) 2-0 di Stadium Unico Madre De Ciudades, awal pagi Isnin tadi.
Anderson Duarte membuka jaringan Uruguay pada minit ke-21. Rembatan kaki kiri Duarte ke arah tengah gawang tidak dapat dihalang oleh penjaga gol Amerika Syarikat, Gabriel Slonina.
Uruguay berjaya melebarkan kelebihan kepada 2-0 pada minit ke-56. Gol terhasil kerana kesilapan pemain pertahanan AS Joshua Wynder.
Uruguay reach the last four! ⚡️#U20WC
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 4, 2023
AS cuba mengejar masa yang tinggal tetapi usaha mereka tidak pernah membuahkan hasil. Uruguay tidak dapat menambah kelebihan sehingga pengadil meniup wisel panjang menandakan pertarungan sudah tamat.
Keputusan positif itu meletakkan Uruguay menjadi pasukan terakhir yang memastikan aksi ke separuh akhir Piala Dunia B-20 2023.
🏆 Only four teams remain… #U20WC
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) June 4, 2023
Dua lagi pasukan yang akan bertembung di separuh akhir ialah Itali berdepan Korea Selatan. Perlawanan separuh akhir akan diadakan di La Plata pada 8 Jun.
Dua pasukan yang menang di separuh akhir akan layak ke perlawanan akhir Piala Dunia B-20 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun.
ARTIKEL BERKAITAN : Piala Dunia B-20 2023 : Seok Hyun pacu Korea Selatan ke separuh akhir