ARGENTINA B-20 tiada masalah meraih kemenangan 3-0 ke atas Guatemala B-20 dalam perlawanan Kumpulan A Piala Dunia B-20 2023 di Stadium Unico Madre de Ciudades, awal pagi Rabu.
Argentina di depan pada minit ke-17 menerusi tandukan Alejo Veliz hasil hantaran lintang Juan Gauto.
Valentin Carboni memulakan serangan balas Argentina dari kanan. Carboni kemudiannya melorongkan bola kepada Gauto yang disusuli dengan hantaran silang dari kanan.
Dengan bijak Veliz menanduk bola sehingga menghala ke sebelah kanan gawang Guatemala tanpa dapat digapai penjaga gol, Jorge Moreno.
Guatemala cuba memberikan tentangan. Rembatan kaki kiri Carlos Santos dari luar kotak penalti ditolak oleh penjaga gol Federico Gerth pada minit ke-22.
2023 FIFA U20 World Cup
All Results | Matchday 2
Group A
FT: Uzbekistan U20 🇺🇿 2:2 🇳🇿 New Zealand U20
FT: Argentina U20 🇦🇷 3:0 🇬🇹 Guatemala U20
Group B
FT: United States U20 🇺🇸 3:0 🇫🇯 Fiji U20
FT: Ecuador U20 🇪🇨 2:1 🇸🇰 Slovakia U20
———#U20WC #argentina2023 pic.twitter.com/J5eFNMebiv— ASEAN Football News (@theafndotcom) May 23, 2023
Pada minit ke-57, Guatemala terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Carlos Santos dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua kerana melanggar Valentin Barco.
Argentina memanfaatkan jumlah pemain dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-65.
Pasukan Javier Mascherano mula bermain bola pendek. Gerakan bola dari kiri ke kanan dan ke ruang kosong lain untuk menarik pertahanan Guatemala.
Ketika hampir dengan kotak penalti Guatemala, Maximo Perrone memberikan bola kepada Luka Romero. Dari jarak yang agak jauh, Romero melepaskan rembatan kaki kiri ke penjuru kiri bawah gawang Guatemala yang dikawal oleh penjaga gol Jorge Moreno.
✅#ArgentinaNT #U20WC pic.twitter.com/cZmnt4q0pG
— Selección Argentina in English (@AFASeleccionEN) May 23, 2023
Tuan rumah terus mengancam Guatemala. Pada minit ke-75 rembatan pemain gantian Ignacio Puch berjaya disekat oleh penjaga gol Moreno, seminit kemudian rembatan Gino Infantino berjaya disambar oleh Moreno.
Walaupun ketinggalan dua gol dan kehilangan seorang pemain, Guatemala masih boleh memberi ancaman kepada Argentina. Pada minit ke-82, Guatemala memaksa Argentina bermain dengan 10 pemain.
Pemain pertahanan, Santiago del Estero dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua. Del Estero menerima kad kuning apabila dia sengaja menyentuh bola dengan tangannya ketika mengawal pergerakan Edy Palencia.
Romero hampir menjaringkan gol kedua perlawanan itu. Pada minit ke-90+7, rembatan kaki kiri Romero terkena palang Guatemala.
Kemenangan mutlak Argentina ke atas Guatemala ditutup oleh Maximo Perrone pada minit ke-90+8 sekali gus mara ke Pusingan 16.
Argentina: Gomes Gerth, Giay, Aviles, Gomez, Barco, Perrone, Tanlongo, Carboni, Soule, Gauto, Veliz
Guatemala: Moreno, Recinos, Dominguez, Franco, Urizar, Santos, Cabrera, Ordonez, Montano, Munoz, Bantes