BEBERAPA perlawanan Piala Dunia B-20 berlangsung pada awal pagi Selasa. Antaranya kejayaan Korea Selatan B-20 mengalahkan Perancis B-20 dan England B-20 yang berjaya menang ke atas Tunisia.

Korea Selatan berjaya menewaskan Perancis dengan jaringan 2-1 pada perlawanan pertama Kumpulan F di Stadium Malvinas Argentinas, Mendoza. Dua gol Korea Selatan dijaringkan oleh Lee Seung Won pada minit ke-22 dan Lee Young Jun pada minit ke-64.

Sementara itu, dalam perlawanan lain dalam Kumpulan F, Gambia turut berjaya memulakan perlawanan pertama dengan kemenangan. Gambia menang 2-1 ke atas Honduras.

 

Gambia berjaya menjaringkan gol pantas pada minit pertama menerusi jaringan Adama Bojang. Kemudian Honduras membalas pada minit kelima menerusi jaringan Marco Aceituno.

Akhirnya Gambia menang menerusi gol kedua Adama Bojang pada minit ke-84.

Dalam saingan Kumpulan E, England menang 1-0 ke atas Tunisa manakal Uruguay membenam Iraq, 4-0.