IRAN bangkit daripada ketinggalan mengalahkan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 2-1 untuk menempah tempat ke separuh akhir Piala Dunia Bola Sepak Pantai Fifa 2024 Dubai pada Khamis.
Manakala, Jepun terkeluar daripada kejohanan selepas tumbang 8-4 kepada Brazil pada awal pagi tadi.
Tuan rumah mendahului pada babak kedua apabila Ali Mohammad membuat hantaran silang untuk Abdulla Abbas yang tidak dikawal.
Tiga minit kemudian, Iran menyamakan kedudukan apabila Mohammad Masoumi menjaringkan gol dengan tandukannya, sebelum penjaga gol Mehdi Mirjalili menjaringkan gol dengan voli yang hebat.
UAE, yang tidak putus asa cuba untuk kembali ke dalam permainan, namun mereka tidak dapat memecahkan penguasaan lawan yang kental bertahan.
Pasukan Melli dijadualkan akan beraksi menentang Brazil pada Sabtu manakala Itali berdepan Belarus dalam laluan ke final.
ARTIKEL BERKAITAN : Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2024 : Aksi Tahiti jumpa Itali perlawanan yang dinanti-nantikan