KARIM Benzema berjaya mencipta sejarah selepas menjaringkan gol ketika Al Ittihad membantai Auckland FC untuk memastikan laluan ke pusingan kedua Piala Dunia Kelab 2023, awal pagi Rabu.

Perlawanan antara kelab Arab Saudi Al Ittihad melawan kelab Australia Auckland City diadakan di Stadium King Abdullah Sport City, Jeddah.

Al Ittihad di depan menerusi jaringan Romarinho selepas hantaran Zakaria Hawsawi pada minit ke-29.
Lima minit kemudian, Al Ittihad berjaya mengukuhkan kedudukan 2-0 menerusi jaringan N’Golo Kante.

Al Ittihad sekali lagi berjaya melebarkan kedudukan 3-0 menerusi jaringan Karim Benzema selepas menyambut hantaran Muhannad Alshanqiti pada minit ke-40.

Gol Benzema mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol dalam empat edisi berbeza Piala Dunia Kelab.

Kemenangan 3-0 ke atas Auckland FC menyaksikan Al Ittihad layak ke pusingan kedua Piala Dunia Kelab 2023.
Pada pusingan kedua, Al Ittihad akan menentang Al Ahly yang akan diadakan di Stadium King Abdullah Sport City pada Sabtu.

Barisan Pemain :

Al Ittihad XI (4-3-3): Marcelo Grohe; Zakaria Hawsawi, Hasan Kadesh, Ahmed Hegazy, Muhannad Alshanqiti; Faisal Al Ghamdi, N’Golo Kante, Fabinho; Igor Caique Coronado, Karim Benzema, Romarinho

Auckland City XI (5-4-1): Conor Tracey; Regont Murati, Jordan Vale, Michael Den Heijer, Christian Grey, Nathan Lobo; Gerard Carriga, Mario Ilich, Cameron Howieson, Dylan Manickum; Liam Gillian