TAMAT hari pertama Piala Dunia Sepaktakraw Istaf 2024 menyaksikan kesan besar sistem 15 mata dengan satu servis.

Perlawanan berlangsung lebih pantas malah persaingan juga dilihat lebih terbuka.

Bagi kapten skuad takraw kebangsaan, Farhan Adam, sistem baru diperkenalkan ini memerlukan ketepatan dan kejituan, baik dalam membuat keputusan dan konsistensi.

“Dari segi kepuasan, bagi saya sudah tiada kepuasan bermain tetapi jika perlawanan itu berlangsung sengit, memang sangat memuaskan. Kesan ketara sistem ini, masa perlawanan lebih singkat,” kata Farhan.

Sistem mata baharu bukan untuk cuba-cuba, mesti menjadi. -Kapten skuad takraw kebangsaan, Farhan Adam.

Tambah apit kiri negara itu, sistem 15 mata dengan satu servis ini tiada masa untuk pemain yang lambat panas dan mahu mencuba sesuatu bagi mendapatkan rentak.

“Silap sikit akan dihukum… masuk saja gelanggang tak ada masa mencari-cari kesesuaian, tiada peluang untuk cuba servis begitu dan perbetulkan pada servis kedua, semua perlu on point.”

Sementara itu, bekas jurulatih negara yang kini berkhidmat untuk Brunei, Abdul Talib Ahmad, kekuatan mental menjadi keutamaan dalam sistem 15 mata dengan satu servis.

Sistem sekali servis memerlukan kekuatan mental yang tinggi. -Ketua jurualtih sepak takraw Brunei, Abdul Talib Ahmad.

“Dari apa yang sihat pemain beraksi di gelanggang, ia bukan sekadar permainan fizikal atas gelanggang tetapi juga pertarungan mental,

“Tekanannya lebih tinggi, kerana semuanya berlaku dengan pantas,” kata Abdul Talib.

Pada hari pertama semalam, sistem kiraan baharu ini berjaya menambah sengit terutamanya dalam acara beregu (double) yang menyaksikan China tewas 1-2 kepada Vietnam (17-15, 12-15, 8-15) malah Thailand juga bergelut mengatasi Singapura adalam acara sama sebelum memenangi perlawanan 15-12, 17-15.